Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Arab Saudi menggunakan hukuman mati sebagai instrumen untuk mendiamkan perbezaan pendapat di antara warga awam Syiah di negara itu dengan rejim Riyadh, kata Amnesty International.
"Pembunuhan kejam ini adalah tindakan terkini oleh pihak berkuasa Arab Saudi di dalam kekerasan berterusan mereka ke atas penduduk minoriti Syiah (di negara itu). Hukuman mati digunakan sebagai senjata politik untuk menghukum mereka yang berani bersuara terhadap layanan Riyadh ke atas mereka dan dalam masa yang sama memaksa yang lain untuk turut diam," kata pengarah bahagian kajian badan itu, Lynn Maalouf pada hari Rabu.
Maalouf membuat komen itu selepas Arab Saudi melaksanakan hukuman mati ke atas empat orang warga awam Syiah di negara itu. Arab Saudi mendakwa bahawa mereka telah melancarkan aktiviti keganasan.
Pengarah Amnesty itu turut menggesa masyarakat antarabangsa untuk bertegas dengan rejim Riyadh supaya mereka yang berhadapan dengan situasi yang sama boleh diselamatkan. Beliau turut mengecam prosiding mahkamah yang dianggapnya sebagai penuh dengan kecacatan.
Amnesty turut mendokumenkan 34 kes lain yang turut melibatkan warga Syiah yang berhadapan dengan hukuman mati selepas perbicaraan yang tidak adil. -ABNA24
/315
13 Julai 2017 - 02:36
News ID: 841989
Arab Saudi menggunakan hukuman mati sebagai instrumen untuk mendiamkan perbezaan pendapat di antara warga awam Syiah di negara itu dengan rejim Riyadh, kata Amnesty International.